Formula ini diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Asia dan ia mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara, limau purut, serai wangi, camphor dan lengkuas dalam bungkusan kain ‘cotton’.
Baik untuk wanita lepas bersalin yang berfungsi untuk menyegarkan badan, memanaskan badan, menghilangkan rasa sengal dan membuang angin dalam badan
Fungsi
• Untuk wanita lepas bersalin
• Untuk menyegarkan badan
• Mengurangkan stress
• Mengempiskan perut
Amat sesuai bagi Lelaki dan Wanita
• Berfungsi untuk memanaskan perut bagi mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan perjalanan darah kotor serta melonggarkan otot-otot tegang,melancarkan perjalanan darah dan menyihatkan serta menyegarkan badan.
• Membantu mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi,otot,urat saraf dan urat-urat timbul.
• Membantu memecah lemak dan mengembalikan kepejalan badan.
• Mampu menurunkan panas badan dengan cepat ketika demam.
• Terbukti dapat mengatasi masalah bau badan yang kurang menyenangkan.
Cara-cara penggunaan
1. Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk
2. Letakkan satu bungkus Pek Tungku Herba Tradisional di atas pengukus tersebut. biarkan selama 5-15 minit
3. Pek Tungku Herba Tradisional yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam dengan cepat di perut.
4. Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di sesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba menyerap ke dalam badan.
5. Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus.
6. Ulang cara bertungku yang sama.
7. Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga 30 hari berpantang.
Leave a Reply